SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Payoh adalah sekolah Gred B dan dibuka pada 01 Januari 1989. Pada tahun tersebut En. Sedek bin Embong telah dilantik sebagai Guru Besar pertama di SK Payoh. Sebilangan besar pelajar dipermulaan pembukaan itu adalah dari Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh. Keseluruhan pelajar pada tahun tersebut adalah seramai 164 orang. Nama Payoh adalah dari perkataan “payah”, bertapa susah payahnya semasa mula perkampungan ini dibuka oleh sebilangan penghijrah dari Negeri Kelantan. Rentetan itu terpahatlah nama “PAYOH” dalam dielek Terengganu. Pada tanggal 01 Januari 2003 SK Payoh telah dinaikkan ke Gred A hingga hari ini dengan bilangan pelajar seramai 225 orang dan 22 orang tenaga pengajar.
LOGO SEKOLAH

MOTTO
Berilmu, Beramal, Berbakti
Sekolahku Syurgaku
Berlari-lari ke sekolah, nerjalan pulang ke rumah
Sekolahku Syurgaku
Berlari-lari ke sekolah, nerjalan pulang ke rumah
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Piagam Pelanggan
Memastikan setiap murid mendapat perkhidmatan terbaik
Memastikan kurikulum mengikut Dasar Pelajaran Negara
Memastikan Kemasukan dan Pertukaran murid diproses secara professional
Memastikan sekolah selamat, bersih dan ceria
Memastikan surat - menyurat diselesaikan mengikut peraturan
Memberi layanan mesra semasa berurusan
Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina
Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan
Bersikap berani, minat dan yakin kepada tugas yang diamanahkan.
Lagu Sekolah
Melangkah semangat membara,
Berbekal cita yang mulia
Di iringi doa ayahanda dan bonda
ilmu penuh di dada
Berilmu, Beramal , Berbakti
Menjadi matlamat SKP
Berkerjasama, berpadu, berbakti
SKP sekolah tercinta
Bersyukur kepada illahi
Di sini tersemainya budi
Kepada nusa ingin berbakti
Agar hidup diberkati
Berilmu, Beramal, Berbakti
Menjadi matlamat SKP
Berkerjasama, Berpadu, Berbakti
SKP sekolah jaya